Anda memiliki blog. Anda lihat orang lain pun ada blog…tapi diorang dapat duit buat blog! Anda tertanya-tanya kenapa anda tidak. Lalu anda membeli pelbagai ebook yang menjanjikan seribu satu cara dan rahsia untuk buat duit dengan blog.
Anda baca dan anda buat apa yang anda pelajari dari ebook yang dibeli. Tapi anda masih gagal walaupun dah berbulan anda mencuba. Kenapa masih tak berjaya?
Kenapa masih tak dapat satu sen walaupun anda telah meletakkan pelbagai iklan produk2 paling ‘hot’ dipasaran pada blog anda. Tapi tiada yang beli. Kenapa? Anda bertanya lagi.
Ok..mungkin ini dapat membantu anda membetulkan kesilapan anda dan membantu anda mencapai apa yang anda harapkan dengan blog anda. Hanya 2 perkara yang perlu anda ambil berat. Ya! 2 perkara sahaja. Sekurang-kurang itu yang saya pelajari sepanjang pengalaman saya berblog.
Perkara Pertama: Kandungan Blog Anda
Anda perlu memastikan kandungan blog anda adalah berkualiti, original, unik (berbeza dari yang lain) dan informatif. Kandungan blog anda tidak semestinya hanya dipenuhi karangan seperti contoh blog INDEXED ni. Unik dan kreatif.
Ok..sekarang anda bertanya bagaimana nak jadikan kandungan anda bermutu, unik dan kreatif?
Apa yang boleh saya nasihatkan kepada anda adalah anda sepatutnya menulis perkara atau niche yang anda minati. Bukan kerana ianya popular diinternet semata-mata. Kenal pasti kepakaran anda dan anda akan dihargai oleh pembaca/pengunjung blog anda kerananya. Cuba sampaikannya secara kreatif dan unik.
Sebagai contoh jika anda pakar dalam penanaman, buat tema berkaitan penanaman. Jika anda expert tentang cinta, buat tema tentang cinta. Kebaikan anda membuat tema blog pada topik atau niche yang anda minati dan mahir adalah, anda tidak akan kehabisan idea untuk bercerita tentangnya.
Baiklah sekarang anda bertanya…blog aku berkualiti tapi kenapa masih tiada income diperolehi?!
Perkara Kedua: Aspek Pemasaran
Jika anda mengharapkan blog anda menghasilkan pendapatan…anda tidak boleh hanya berharap semata-mata kepada kualiti blog anda. Anda perlu memasarkannya!!
Ambil contoh anda membuka sebuah restoran. Adakah anda akan hanya berdiam diri tanpa mengajak orang ramai berkunjung ke restoran anda?! Begitulah juga dengan blog. Ada berjuta-juta blog diinternet dan jika anda tidak pasarkannya, barangkali blog anda tidak ada sesiapa menjumpainya.
Jadi pasarkannya. Banyak kaedah pengiklanan yang boleh anda gunakan seperti Google Adsense, Bidvertiser dan sebagainya. Dapatkan sebanyak mungkin pelawat anda dan pastikan anda dapatkan email mereka agar mudah untuk anda menghubungi pelawat anda kemudian kelak. Ini dipanggil mailing-list.
Internet Marketer yang berjaya sangat bergantung kepada mailing-list untuk melakukan aktivti promosi produk atau blog mereka. Jadi anda boleh contohi mereka dengan membuat mailing-list anda sendiri.
Ok, rasanya itu saja. Saya harap ini dapat membantu anda yang ingin menjadikan blog anda blog yang berkualiti dan menghasilkan pendapatan sampingan untuk anda. Happy Blogging!