Di akui banyak di kalangan kita yang ingin memulakan perniagaan, buntu untuk memilih produk/khidmat yang boleh ditawarkan sebagai bisnes mereka. Banyak faktor yang barangkali menyebabkan bakal-bakal usahawan kebuntuan mencari “the right product” yang mampu dibangunkan dan dijadikan sumber pendapatan.
Antara faktor-faktor kegagalan menentukan produk dan perkhidmatan ini adalah kurangnya keyakinan terhadap kemampuan menghasilkan/memasarkan produk/khidmat yang ingin ditawarkan, kekurangan kemahiran, kekurangan modal, atau langsung disebabkan kekurangan idea barangkali kerana kurangnya memperuntukkan masa dan fokus untuk berfikir.
Jadi bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah dalam menentukan produk atau perkhidmatan yang boleh ditawarkan sebagai satu perniagaan?
Kalau dulu ketika menuntut di Universiti sebagai pelajar Periklanan, saya diajar untuk menggunakan SWOT ANALYSIS dalam menentukan kekuatan, kelemahan atau potensi sesuatu produk atau perniagaan. SWOT adalah dari ringkasan;
- Strengths
- Weakness
- Opportunities
- Threats
Untuk kaedah menggunakan SWOT ANALYSIS ini anda bolehlah rujuk di sini.
Tetapi itu jika anda telah mengenalpasti beberapa pilihan produk/perkhidmatan yang ingin diniagakan. Tetapi bagaimana jika anda langsung tiada idea?
Dalam artikel saya yang terdahulu, ada saya terangkan sedikit tentang penggunaan PETA MINDA. Peta minda adalah satu teknik yang boleh anda gunakan untuk menjana satu idea ke idea yang lain sehingga anda dapat mengenalpasti masalah dan mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut.
Namun jika anda rasakan Peta Minda juga memeningkan kepala anda kerana menjaring dari satu titik ke titik lain, mungkin anda boleh pertimbangkan 29 soalan yang digunakan oleh Brian Tracy dari Entrepreneur.com.
Beliau telah merumuskan satu cara yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja..cuma yang diperlukan adalah…Berfikir (untuk dengan menjawab soalan-soalan tersebut).
Beliau membahagiakan 29 soalan tersebut kepada beberapa kumpulan iaitu;
- 7 soalan untuk Self-analysis (Penilaian Diri)
- 4 soalan untuk customer’s point of view (dari sudut pandangan pelanggan)
- 3 soalan untuk soalan dari ‘kaca mata pakar konsultan’
- 9 soalan untuk potensi produk atau perkhidmatan yang dipilih
- 5 soalan untuk soalan tambahan.
- 1 soalan untuk ditanya kepada diri sendiri adakah produk/khidmat yang ingin diniagakan benar-benar sesuari untuk diri sendiri.
Jadi sekiranya anda dalam kategori yang masih kebuntuan mencari idea bisnes paling sesuai untuk anda memulakan karier sebagai seorang usahawan, diharap paparan ini dapat membantu anda..sekurang-kurangya untuk terus berfikir..dan berfikir hingga anda benar-benar yakin.
Langgan Faisal Komputer Ke Email Anda



IPSERVER ONE adalah penyedia web hosting yang berkredibiliti dan sentiasa memastikan keselamatan data-data pelanggan. Ia tersalah melalui pelanggan-pelanggan yang ia sedia ada seperti syarikat-syarikat besar antaranya Petronas, Suzuki, Advertlets, Lowyat.net, dan Fuji Xerox.






